MAIWP RIDERS TEAM (MRT)
Untuk memastikan asnaf di sekitar wilayah persekutuan tidak kelaparan akibat terputus bekalan makanan, kali ini MAIWP memperkenalkan program MAIWP Riders Team (MRT).
Tugas skuad MRT ini ialah menjadi penghantar bakul makanan kepada asnaf yang memerlukan dengan menaiki motosikal supaya ia cepat sampai kepada yang memerlukan.
MAIWP Riders Team (MRT) ini adalah julung-julung kalinya ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Negeri dan merupakan perintis kepada penyampaian perkhidmatan terus, cepat dan efektif. Saya telah menyampaikan surat pelantikan MAIWP Riders Team kepada 10 orang MAIWP Riders di Kuala Lumpur yang dilantik di kalangan kakitangan MAIWP.
Kami berharap dengan adanya inisiatif ini, masalah terputus bekalan makanan dapat di bendung dan tiada lagi keluarga yang kelaparan.
Orang ramai juga boleh membuat laporan di aplikasi MoJA jika terlihat asnaf yang memerlukan, sama-sama kita membantu.
#maiwp #agihzakat #kamiAda #skuadjejakasnafBaitulmalMAIWP #gerobokrezekiMAIWP #MoJA #ppzmaiwp #maiwpprihatin #musaadahcovid19 #maiwpridersteam
MDB